nak beli kete....

Sebulan lepas……..

Sejak dua menjak neh asyik la dok fikir nak beli kete apa. Bincang-bincang ngan en.zam, dia suh amik Viva elite. Ikutkan ati nak amik Hyundai i10. Tapi cam tak berbaloi je kena bayar bulan-bulan rm4++ untuk kete 1.1cc. Pastu ingat nak amik kete naza suria jer, pon rasa cam tak berbaloi.


Kita buang Hyundai i10 ngan naza suria. Nizam nak beli Saga BLM. Kita takmo kete panjang-panjang neh. Susah nak parking dan susah nak menyelit. Godek-godek majalah apa semua, terpandang lak proton savvy. Hurm…cam menarik je kete neh. Buka website proton, tengok apa specifications yang disediakan and harga. 1.2cc dengan harga rm33+++. Leh dapat diskaun rm6000 lagi. Menarik neh…bayar bulan-bulan pon ± rm4++. Berbaloi!. Pastu tengok kaler apa yang ada. Berkenan lak ngan kaler putih. DONE!! Keputusan dah dibuat. Kita pilih kete savvy,


Kol nizam and bagitau dia yang kita dah decide nak beli kete savvy. Dia pon tanya balik..confirm ker? Kita cakap confirm. Kalo nak dibandingkan harga viva elite yang 1.0 cc tu pon ±rm36+++.++ better amik savvy. Pas berdiskusi ngan dia, akhirnya dia pon setuju ngan pilihan kita.

Masa on da way nak KL seminggu sebelum raya tu, zam cakap amikla savvy kaler merah. Kita tanya dia balik, ada ke savvy kaler merah? Dia tunjuk, tu bukan savvy kaler merah? Tenung lama-lama, hurmm..cantek gak kaler neh. Ok la kalo camtue.. kalo ada kaler merah nanti saya amik. Kalo takde, saya amik kaler putih jer eh..

Sekarang neh…

Tak sabar rasanya nak gi proton show room. Confirm cukup bulan depan, kita akan beli kereta tu. Harap-harap tercapaila impian ku ini.

Hari yang memenatkan..

Jumaat, 25 Sept 09. Malasnya nak masuk opis ari neh….

Kepala otak neh lak dah ligan pikior nak gi mana la tengah ari nanti. Nak pi cari gelang nizam or nak pi beli barang-barang untuk esok. Masuk opis pon wat keje main-main. Ater, takde mood nak kije kan…

Siap-siapkan keje sket, kol cik ruzana. Borak-borak ngan dia sampai la kul 11.30. Pastu masuk opis men game. Kul 12.30 pm tepat terus kuar opis. Bagi alasan nak pi semayang jumaat kat bos. Bos bantai gelak jer. Tapi dia bagi gak kuar awal. Ingatkan nak gi Jusco carik bangle, tapi bila piker-pikir balik, better carik kat terminal 1. At least kat situ ada banyak kedai compared to Jusco.

Dah sampai terminal kol en.zam. dia terkejut kita ada kat terminal. Pastu tanya gi ngan sapa. Bila kita cakap sengsorang je dia naik heran. Pastu baru la dia teringat yang kita keje ari tu. Dia tanya lagi, gi terminal wat apa? Kita cakapla yang kita tengah carik bangle dia. Kot-kot ada yang serupa ker. Pastu kita ajak dia g lunch sama. Dia ngelat. Punya la malas pakcik tu nak kuar umah.

Pas borak-borak ngan dia, kita pusing la satu terminal tu. Akhirnya jumpa ngan satu kedai neh. Uptown namanya. Tanya ngan adik tu, gelang style jalur-jalur tu ada tak? Adik tu cakap dah habis stok. Kalo nak kena tunggu 2-3 minggu lagi baru ada. Hurmm….2-3 minggu lagi ek. Usha-usha gelang lain, terjumpa lak satu yang berkenan di hati. Beli la untuk dia. Yerla, sebagai ganti benda yang ilang. Kol en.zam balik bagitau dia kalo nak yang serupa dia leh carik kat uptown or downtown. Nak tunggu yang kat sini, lagi 2-3 minggu baru sampai stok baru. Dia pon cam hurmmm..ye ker. Pastu kita bagitau la dia yang kita belikan gelang baru untuk dia. Kalo nak pakai gelang tu, kena kuar lunch sama.

Sampai umah nizam, kena tunggu dia bersiap jap. Sesambil tu kol cik ruzana balik. Bagitau dia yang nak pi lunch kat giant senawang, dia cakap nak follow. Ok la kalo nak ikut. Siap-siap je la, sampai umah dia kang leh terus gerak. Bila dah siap pakcik tu, masuk je kete kita terus bagi dia gelang baru. Seb baik dia suka. Terus pakai yuuu.. then gerak p umah ruzana and zooomm ke giant. Penuh food court tu ngan orang. Selalunya lengang je tym lunch. Kali neh penoh lak. Intai sana, intai sini..jumpala meja kosong. Zam makan claypot yee mee, kita lak makan claypot chicken rice with mushroom. Ruzana makan rojak and kawan dia makan nasik putih n ikan kembong masak asam pedas.

Pas makan, ruzana ngan kawan dia masuk giant store. Nak beli barang katanya. Me and nizam, gi ronda-ronda giant jap. Kot-kot ada terjual bangle lama dia tu. Nan ado. Desert? Zam banjer makan eskrem. Eskrem dia jatuh masa nak kuarkan duit lam dompet. Kenala beli lagi satu. Cian dia… Masuk opis balik nak tau kul baper? 3.45 pm. Selamba je kan? Hehehehe :P

Balik umah, kol zam ajak dia gi beli barang untuk esok kat tesco. Dia cakap ok, tapi pas maghrib. Kebetulan kawan adik kita datang malam tu, sedang elok sangat la kalo nak gerak pas maghrib. Goreng mee sat untuk diorang, tapau sket untuk cik abe. Kemudian, bergerakla kami ke tesco seremban 2….

Ke Banting la kami..

Plan kedua tersebut adalah……..

Pergi beraya ke rumah Aan di Banting!!!

Memula ingatkan pas anta kete kat shah alam, leh gerak terus gi Banting. Tu yang hari rabu lepas dah roger-roger Aan. Tanya dia dari Shah Alam ke Banting jauh ke tak. Aan kata tak jauh. So ok la. Ikutkan plan awal, kitorang nak gerak awal khamis tu. Maknanya pas anta kete, boleh la kitorang terus gi jenjalan. Tengok wayang ke, beraya ke..tapi lain yang jadik.

Gerak dari Nilai pon lam kul 5.30 ptg. Dari Nilai masuk tol KLIA. Dah lepas tol, kol Aan. Tanya nak masuk simpang mana. So aan bagi la direction. Dia pon cakap nak kuar gi Shah Alam jap, so its ok la. Leh makan masa sket nak ke Banting.

On da way nak ke sana, Zam la yang jadik GPS. Dia pon cam familiar je jalan ke Banting, so takde la takut sesat ke apa. Sepanjang perjalanan tu, dia tunjuk la site-site yang dia pernah pegi. Penyudah eh, dia yang lelap lam kete. Sampai kat Jenjarum dia tertido. So dari jenjarum sampai la ke Sijangkang dia lelap. Dah sampai tempat yang aan suh tunggu tu, kita msg la aan. Tapi aan masih kat shah alam lagi, maka kita gerakla cari tempat untuk minum. Pakcik kat sebelah neh pon cam tak nak bangun jer, so kita bawa je la kete tu sampai ke satu kedai makan. Dah sampai kedai baru kejutkan dia.

Memandangkan dari pagi tu kita tak makan sangat. Cuma amik 2 keping biskut famos amos je masuk mulut, kita orderla kuey tiow goreng. Kongsi makan dengan zam. Walapon takde la sedap mana, tapi cukupla untuk cover perut yang lapar. Yerla, takut nanti perut masuk angin, mulala kita naik loya, pening apa semua. Dekat kul 7 lebey tu aan pon sampai. Kitorang follow la dia dari belakang.

Cantik umah Aan. Yang beshnya, nizam kata masuk je umah dia dah bau ayam goreng. Hehehe..kita dah pesan kat aan..jangan masak apa-apa. Kita datang nak beraya jer. Nak jumpa dia. Tapi dia rajin lak masakkan untuk kitorang. Tym tu kawan aan, ewa pon ada. Friendly juga cik adik neh. So boleh masuk la satu kepala ngan kitorang. Sementara nunggu aan siap masak, kitorang dok borak-borak kat depan sambil makan biskut raya.

Menu malam tu ialah, sayur campur goreng, burung puyuh goreng berempah, telur dadar ngan ulam timun. Sedap sangatttttttttt burung puyuh berempah tu. Sampai bertambah-tambah zam makan. Kita lak first tym makan burung puyuh, boleh terima la rasa dia. Cam ayam. Yang penting SEDAP!!! Even lauk dia simple, tapi makanan cam neh la yang buat kita selera nak makan. Tak heavy sangat. Meaning, takde kari..takde masakan yang bersantan..berlemak..dan berminyak. Tima kasih ye aan sebab jamu kitorang makan. Sedap masakan aan. Sebab tu nizam makan bertambah. Lagipon dia memang ngidam nak makan burung puyuh sejak dari bulan puasa lagi. Alang-alang dah ada depan mata…tu yang dia sedap je meratah.

Zam lagi besh, sempat aja dia belajo bahasa jawa ngan bebudak neh. Kul 9 lebih, kitorang pon beransur pulang. Yerla..sok (jumaat) nak keje. Memandangkan En.Zam kita dah tido petang tadi, maka tym balik neh..dia yang kena drive. Hehehe...Rasanya lepas je tol sg besi, kita terus lelap..sampai la Nilai. Kat tol nilai, kitorang berpecah. Ater datangnya dengan 2 kete kan..zam suh balik dulu sebab dia nak singgah toilet. Kita pon gerakla dulu. Lagipon abah dah mula kol tanya kat mana apa semua. Laju gak la kita pecut kancil ku itu. 120-130 km/j gak la. 20 min je dah sampai umah.

Penat badan tok sah cakap la. Masuk bilik, tanggal tudung apa semua..terus masuk bilik air mandi. Baru segar badan.

Dalam nak tido tu, zam kol. Bagitau bangle dia tertinggal kat toilet rnr nilai. Bestuh kita tanya nak g patah balik amik ker? Dia cakap tak yah la. Dengan duit tol, minyak apa semua..tak tentu lagi kalo dia patah balik bangle tu ada kat sana lagi. Dah la gelang tu kawan yang bagi. Halalkan je la orang tu amik. Kita pon, alahaiii..kesiannya cik abang aku neh ha..kita tau dia suka sangat ngan gelang tu. Pastu kita pujukla dia. “Takper, esok kita gi cari kat sban eh. Kat Jusco ker..kot-kot ada”. Dia kata kalo ada tolong belikan dulu. Kalo takde tak pe la..

Esok…bermulala pencarian ku.

Lain di plan, lain yang jadik...

Khamis 24 sept 09. Kamek keje oiiiii..

Tapi half day je la. Supposedly tak yah keje pon tak pe. Juz sign attendance pastu balik. Tapi disebabkan pepagi tu dah siap-siap dengan baju kurung apa semua, stay jer la kat opis. Lagipon ada plan ngan en.zam ari neh. Tu yang malas nak balik umah. Sebenarnya dah lama plan untuk program ari neh..tapi lain yang di plan, lain yang jadi. Elok-elok tak yah keje, jadi satu hal lak kena keje. Seb baik bos dr HQ call, suh siapkan semua import export file and buat payment checking. At least, ada la mender nak dibuat kat opis tu selain dari dok melanguk je.

Plan yang sepatutnya bergerak pada waktu tengah ari..tertangguh sampai ke petang. Kenapa leh jadi sampai camtue? Yang tu kena tanya en.zam la yer. Memandangkan ofis kita dah dekat ngan tol seremban, maka kita gerakla dulu.Nizam gerak dari senawang. So kitorang akan berjumpa kat RnR Seremban. Dah gerak sampai nilai, dia kol suh benti tepi. Ingatkan dah salah masuk simpang ke apa…rupanya dia dapat idea lain. Idea yang menyebabkan kita tak perlu ke shah alam. Hati tu punya geram, tuhan je la tau. Tapi dia tau dia silap, maka satu hari suntuk dia pujuk kita.

Memandangkan plan ke shah alam tak jadi…. Maka kita proceed dengan plan kedua. Plan apa kah itu? Tungguuu…

Raya at Ruzana's House

Merasala blog neh dah tak berupdate. Last update pon ari rabu lepas. Tu pon type dalam Microsoft word aja. Lupa nak publish kat blog.

Nak dijadikan citer, ari rabu lepas..around kul 6 lebih tu kita ngan zam gi beraya umah watie. On da way nak ke umah watie, kitorang gaduh dalam kete. Adalah masalah sket. Tapi tatau la sapa yang salah..sapa yang betul. Kita diam je dalam kete. Malas nak bersuara. Kang kalo bersuara, sampai ke sudah tak selesai gaduh. Dah sampai umah watie baru bercakap dengan dia. Seb baik umah watie tak jauh. Kat area Bandar baru senawang je. Actually hati neh tak sanggup nak marah dia lelama. Dah sayang kan? Lupakan je la apa yang dah berlaku.

Petang tu watie masakkan mee bandung untuk kitorang. Sementara tunggu dia siap masak mee, kita n zam layan la anak saudara watie. Well, disebabkan baby boy tu la kita ngan nizam berbaik semula. Mee bandung watie? Sedap juga la dia masak. Cuma banyak serbuk perasa dia letak. Zam sakit kepala pas makan mee tu. Kalo dia letak telur kat atas mee bandung tu, lagi sedap. Baru jadik mee bandung muar.

Lepas maghrib, kitorang gerak pi umah cik ruzana lak. Zam cakap, harap-harap cik ruzana tak masak apa-apa kat umah dia. Sebabnya, pakcik tu dah kekenyangan makan mee bandung 2 pinggan kat umah watie. Hehehehe :P. Kita cakap ngan dia, kalo awk tak larat nak makan…tak yah la makan..awk minum and makan kuih raya jer..

Tapi kan……..sampai je umah ruzana, makcik tu dah siap masak bihun sup tulang. As for me, I dun mind to eat again. Still ada space lam perut neh. Dah leh agak yang makcik neh akan masak sumthing nyer. Tu yang makan sket je kat umah watie. Zam lak.. hahahaha, nama je tak nak makan. Penyudah eh, dia yang ratah sup tulang tu. Lepak umah ruzana sampai kul 9 mlm..pastu gerak balik. Ingatkan nak sambung beraya lagi. Nak ke umah khairy, tapi zam nak cepat lak. Afif dah roger-roger dia ajak beraya gi umah kengkawan diorang. Maka, terpaksala antar dia balik dulu.

Disebabkan malam masih muda, kita ajakla ruzana gi minum-minum. Cik kak tu pon tak makan lagi. Dia masak je sup tu, tapi makannya idok. Katanya, dia tak suka makan tulang lembu. Cam besa, port untuk minum-minum adalah di restoran azhar. Kita minum je la. Dah tak larat nak makan. Lagipon pedas makan cili kicap kat umah cik ruzana tak ilang lagi. Nizam kata takde la pedas sangat. Still leh tahan agi. Kita je yang tak tahan. Mungkin sebab puasa sebulan kita elakkan makan pedas, tu yang mula jadi tak tahan pedas kot.

Tak ley jadik neh, kena praktis makan pedas balik. Nama je orang nogori. Tapi tak tahan makan pedas. Wat malu joo..

A fight with him

Rabu, 23rd Sept 09
Ari neh parents kita balik. Pepagi lagi mak dah kol suh masak lauk untuk tengah ari kang. Rasa cam malas je nak masak. Tapi memikirkan perut pon lapa juga tym tu..masak je la. So lauk apa yang dimasak pada ari neh?

Sambal goreng udang, singgang ikan dan kobis goreng kicap. Hehehe…tak sampai sejam je dah siap masak semua lauk. Nasik je yang lambat masak sket.

Sementara nak nunggu nasik tu siap masak, kita goreng la bebola-bebola sotong, kentang patties tu and chicken scallop + air Nescafe O. Kenyang la gak sampai tengah ari. Then terima msg dari wati. Dia suh datang umah petang neh. Kul 4. Dia masakkan mee bandung untuk kita ngan nizam. Kol-kol nizam tak dapat. Tido lagi la agaknya. Hurmm..bila la cik abang neh nak start belaja bangun pagi. Minggu depan kat tempat keje baru kena masuk awal. Kol 8.30 pg mesti sampai. Tak macam kat tempat lama dulu. Leh masuk keje sesuka ati.

Kol balik kul 12 lebey, baru pakcik tu jawab fon. Bagi alasan sakit kepala. Tanya dia nak tapau lauk tak untuk dia. Dia cakap tak yah. Pastu bagitau dia lagi yang wati ajak beraya, dia cakap ok. Tapi jangan confirmkan dulu. Yerla, cik abang oiii.

Tapi yang tak beshnya kalo korang nak tau..kita kol balik lam kul 2 lebey tu, dia cakap dia ada kat umah cheras. Kita cam WHAT???? Masa bila pulak dia balik KL? Dah la balik tak bercakap, malam semalam txt msg kita pon dia tak balas. Tau-tau je dah ada kat KL. Punyala bengang giler tym tu. Dengan nada tenang kita tanya dia,

Me : bila masa balik KL? Awak ada kat mana skang neh? Kenapa balik tak bagitau?”

Maka dia pon jawab,

Dia: semalam saya pegi umah pakcik saya and lepak ngan sepupu saya. Pastu lewat malam tu pulak, saya gi main futsal. Then mama lak kol ajak balik KL. Dia kata esok dia keje. Saya ngan adik saya ingat tido sban malam tu. Yerla, kitorang bawa baju. Saya pon lepas main futsal balik la umah pakcik saya amik mama. Mama lak leh bantai borak ngan makcik saya sampai kul 5 pagi. Saya cakap ngan mama, kalo mama nak balik KL, bawa la kete Khairul. Takpe Khairul tak de kete kat sini. Tapi mama tak nak. Dia nak saya drive juga”.

Me : Abis tu, naper masa saya msg awk semalam awk tak reply?

Dia : owh, saya tak reply ek? Saya ingatkan saya dah balas msg awk tu…

Aikk..geramnya ati tuhan je la tau. Supposedly malam semalam kitorang kuar minum. Tapi dia cakap mayb pas dia abis open house la. So kita msg la dia around kul 10 lebey camtu tanya dia kat mana, nak gerak kul baper..before gerak tu msg dulu sebab kita nak bersiap. Kemudian dia reply apa tau?

“awk, saya tak confirm la malam neh jadi ke tak. Pa per hal nanti saya msg”.

Kalo korang la kan..korang ada rasa pa per tak bila dapat msg camtu? Dah plan ngan kita macam neh, tetiba tukar tak confirm. Kol dia balik dekat kul 12 malam, dia reject kol. Enough! Tukar suar, tukar baju..TIDO lagi besh.

Sambung balik conversation ptg td.

Dia : Oh ye, wati ajak datang umah eh. Kul baper?

Me : Kul 4. Awak nak gi ker? Bukan awk ada kat KL ke skang neh?

Dia : Ari neh saya balik sban. Afif wat open house kan esok. Cakap ngan wati kalo gi malam sket boleh tak?

Me : Pas maghrib?

Dia : Pas isyak la…

Me : Pas isyak tu lambat sangat awk. Awk neh betul ke nak ikut?

Dia : Oh..lambat sangat ek? K la pas maghrib. Yer jadik. Petang kang saya gerak balik sban.

Me : ok. Pala pening lagi ker?

Dia : tak pening pon sebenarnya. Saja bagi alasan sebab tak nak gi memana ari neh.

Me : pa per je la.

Tapi tym tu cam rasa suspicious je ngan pakcik sorang neh. Yerla, masa kita kol dia..umah dia riuh rendah ngan suara org. Bila tanya dia ada org dtg ker, dia cakap bunyi tv. Pastu bila dengar betul-betul kat fon, dengar cam dia ada kat luar. Bunyi angin. Dia cakap dia duk depan kipas. Well, kalo dia dah cakap camtue, tak ley nak wat apa la. Just cayer je la apa yang dia cakap.
Entahla….
Hati neh kalo nak kata tak sayang…sayang.. lagipun he's the one and only. Tapi tu lah.. sabar je la…

Raya with Him


Selasa, 22nd Sept 09
Dah nak masuk seminggu mender neh dok membengkak kat tangan kita. Menatang apa la yang gigit sampai jadi lagu neh. Sadis..sadis..



Dah try letak nexoderm. Tapi tak susut gak bengkak neh. Biarkan je la..

So, apa citer korang untuk raya ke-3? Semalam cam besa la. Dok umah jer. Kol en.zam dari pagi tak dapat-dapat. Neh sah-sah tido mati. Apa taknya, kul 4 pagi baru gerak dari Sban nak balik KL. Pastu semalam turun balik Sban sebab pakcik dia wat open house. Mama dia pon ada kat sini. Cuma mama dia balik naik bas pagi, zam balik petang ngan adik dia.

Sampai je sban, zam datang umah beraya. Before dia gerak tu ada gak tanya dia nak makan apa. Pastu dia cakap tom yam semalam ada lagi, so tak yah la masak apa-apa. Tapi kan tu tom yam semalam. Takkan nak bagi dia makan lauk semalam? Kok rendang ngan kuah kacang tu leh consider lagi la sebab raya kan. Pikir-pikir balik makanan apa yang leh siap masak lam sejam. Yeszarr..!! spaghetti goreng. Kuarkan dada ayam..rendam lam air, sesambil tu rebus mee spaghetti bagi lembut. Nak letak rencah lain cam tak sempat je nak pegi beli, maka guna je la apa yang ada.

Bila spaghetti dah lembut, asingkan sket untuk makan ngan tom yam and balance tu wat goreng. Tumis bawang ngan cili api tumbuk, dah naik wangi.. masukkan cili boh. Goreng sampai garing kemudian masukkan pula dada ayam yang dah dipotong dadu. Tumis sampai dada tu masak. Pastu masukkan pula garam, kiub ayam, gula, sos cili and kicap sket. Gaul-gaul, dah sebati..pecahkan telur dua biji. Goreng sampai telur tu masak, kemudian masukkan spaghetti tadi. Then korang goreng la sampai spaghetti tu sebati ngan ramuan yang lain. Akhir sekali, masukkan carrot yang dah dihiris nipis dan panjang. Carrot neh kita masukkan akhir sekali sebab dia dah dihiris halus. Kalo letak awal-awal, nanti jadi hancur lak.

Siap sudah spaghetti goreng. Dah ada dua lauk. Pastu nak masak apa lagi.. godek-godek peti sejuk, jumpa lak lemang dalam tu. Haaa… apa lagi, kita goreng la lemang tu. Kalo korang nak tau, kat tganu memang famous lemang goreng atau ketupat palas goreng. Lemang ngan ketupat neh diorang makan masa 1st day and 2nd day raya jer. Pastu untuk ari lain diorang goreng sampai garing..makan lak ngan rending ayam or daging. Sedapppp sangat. Tapi kena beware la ngan tahap cholesterol dalam badan korang. Makanan 2 jenis tu dah berminyak, berlemak..digoreng lak lagi. Memang tinggi tahap gaban la jadiknya.

Finally, terhidangla di atas meja 4 jenis makanan. Tomyam spaghetti, spaghetti goreng, lemang goreng and rendang ayam.

Feedback dari cik abe? dia cakap tomyam tu sedap. Spaghetti tu cam besa je. Rasa cam mee goreng. Lemang goreng tu lak, first tym dia rasa. Kesimpulannya, dia lebih suka kan tom yam tu. Gamba lupa lak nak amik sebab betul-betul je lepas hidang makanan, zam dah sampai. Merasala korang tengok je gamba tangan yang berbintat-bintat tu.

chantekkk..

Cantik kan kad raya neh?

Siap ada envelope lagi youuuu…



Leh tukar jadi kad kawen neh.. heheheh :minimo_19:


Biskut - biskut tunjuk

So biskut raya korang tahun neh ada baper jenis?

Umah kita ada 5 jenis jer. Semuanya kuih tunjuk. Kita beli biskut choc brownies, almond nut, choc cup, mama keries dan choc biscuit. Hehehe..harusla chocolate yang monopoly biskut-biskut tersebut. Ater, yang belinya suka chocolate. Pastu di letak sekali nougat famos amos. Baru la nampak cantik tersusun atas meja.


Biskut chocolate brownies. My fav neh..nampak tak dah tinggal sket? bukan tetamu yg makan..tuan umah yang makan. Hua hua hua :minimo_02:


Biskut chocolate nut. Actually neh biskut chocolate jer. Tapi bila makan rasa cam ada kacang dalam tu.


Yang neh biskut chocolate cup. Sedap juga..!!


Neh la biskut mama keries. Topping dia tu manis sket.


Haa..ni la nougat almond or almond nougat? manis. Seswai untuk bebudak kecik.


Tahun neh takde lak kerepek-kerepek yang dibeli. Selalunya mak tempah kat aunty kasmah. Mungkin tahun neh aunty kasmah dah tak jual kot kerepek-kerepek tu lagi.


Haa..kan elok sket bila ada 6 balang tersusun cantek di atas meja. Kalo 5 balang je rasa cam tak lengkap lak.

P/s : hari neh dah masuk 3 syawal. Ada sapa-sapa nak wat open house tak? oh ye, previous entries takde gamba sebab cam nyer batt abis. dah lama tak cas.

mari kita masak-masak

Raya kedua korang wat apa?

Kita cam besa dok kat umah and tengok tv. Kununnya nak kuar ngan en.zam..tapi dia bizi beraya kat umah pakcik-pakcik dia semalam. Daku dengan frust nyer pegi la ke Giant senawang. Beli bahan-bahan nak masak tomyam. Ingatkan raya neh tak de la orang kat Giant tu..sekali penuh daa..

Nak tau apa bahan-bahan yang kita beli?

  • Ayam - bahagian dada (1 potong)
  • Sotong – 2 ekor (2 ekor pun dah kena rm6.01..mahal sungguh)
  • Udang – yang neh amik lam 100gm je. (murah..kena rm1.24 sahaja. Pastu korang buangkan kulit dia. Nanti senang nak makan.)
  • Wantan kering – actually nak cari tauhu kering. Tapi tak jumpa lak.
  • Cendawan shitake – bukan yang kering..tapi yang bulat-bulat segar tu. Harga dia beh kurang lam rm4 sepeket.
  • Pes tomyam – 2 packets (kes malas nak wat rencah sendiri. Hehehehe @jelir)

Pastu kan kalo korang rasa tak nak guna mee kuning, bihun atau kuey tiow, korang leh gantikan mee-mee tersebut ngan spaghetti. Sedap gak tau.

Rasanya entry masak tomyam neh dah pernah kita letak lam blog neh. Nak godek-godek cari cam malas la pulak. Cara nak masak pon senang jer. Korang hiris bawang merah 3 biji, ketuk 10 biji cili api, ketuk lengkuas sket dan titik serai 3 batang. Pastu korang tumis je la semua bahan-bahan tu. Dah naik bau, korang masukkan cili boh sket. Tumis sampai garing kemudian masukkan pes tomyam dan lepas tu bahan-bahan basah serta cendawan shitake. Dah masak, masukkan air ngan asam jawa. Tapi semalam kita guna apple vinegar ganti air asam jawa (neh namanya pemalas..hik hik..@sederhana). Dah didih, letak garam dan gula secukup rasa. Pastu akhir sekali masukkan wantan kering, sayur kobis dan carrot. Didihkan lagi 5-10 minit pastu siap..!!!


inila rupanya tomyam yang dah siap masak + dah makan pon. (kes lupa nak amik gambo pas masak. Dah sudah makan baru teringat. Ngehehehe @hensem)


Bila 2 hari kita asyik makan lauk yang sama..mula la tekak neh rasa mual. Sekali sekala makan benda-benda masam dan pedas camneh leh gak menaikkan selera makan.

Malam tu makan tomyam sambil layan citer Om Shanti Om. Kul 11 lebey en.zam kol cakap dia baru abis beraya kat umah pakcik dia. Pastu esok yakni ari neh baru dia jumpa kita @sengihnampakgigi.

Lam kol 2 pagi camtu kita tersedar sebab bunyi guruh kuat yang amat sangat. Mulala hati rasa tak sedap. Bangun jap check umah, baru sambung tido balik. Entah kul baper mata neh lelap kita pon tatau. Sedar-sedar je ari dah pagi.


P/s : bangun pagi neh nak tau kita wat apa? Gi pam tayar kete. Hahaha..ngigau apa?!